PENCIPTAAN HATI DAN NAFAS
Prof. Dr. H. Muh. Yusuf Khalid
إن الله خلق القلوب وجعل داخلها سره
وخلق الأنفاس وجعل مخرجها من داخل القلب بين سر وقلب
ووضع معرفته في القلب وتوحيده في السر
فما من نفس تخرج إلا بإشارة التوحيد على دلالة المعرفة في بساط الإضطرار إلى الربوبية
،وكل نفس خلاف ذا فهو ميت وصاحبه مسؤول عنه،
وقال: النفس ريح الله سلط على نار الله التي في داخل القلب،
وقال: النفس هتف النور،
وقال: أصل النفس من خمسة من نار ومن نور أو على نور أوعلى ظلمة أو من ظلمة أو من نار النور.
Sesungguhnya Allah menciptakan hati dan meletakkan rahasiaNya di dalam hati
Dan menciptakan nafas dan menjadikan tempat keluarnya dari dalam hati antara rahasia dan hati,
Dan meletakkan makrifah (mengenaliNya) di dalam hati dan mentauhidkanNya di dalam rahasia,
Tidak ada sehelai nafas yang keluar kecuali disertai dengan isyarat tauhid yang menunjukkan makrifat tauhid Rububiyyah,
Setiap nafas yang tidak demikian adalah mati dan tuannya dipertanggung jawabkan mengenainya.
Berkata: Nafas adalah angin Allah yang menguasai atas api Allah yang berada di dalam hati,
Berkata juga: Nafas adalah seruan cahaya,
Berkata juga: Asal usul nafas ada lima dari api dari cahaya atau atas cahaya atau atas kegelapan atau dari kegelapan atau dari api cahaya. (Rasail al-Junaid 2005:89)
Imam Ghazali mengatakan bahwa manusia hanya bersedia mengenal Allah dengan hatinya bukan dengan panca inderanya yang lain,
Hati yang mengenal Allah, mendekati Allah, bekerja kerana Allah, berusaha mendekati Allah, hati yang menyingkap apa yang ada di sisi Allah,
Panca indera yang lain hanyalah khadam dan alat yang digunakan oleh hati sebagaimana seorang raja menggunakan tenaga hambanya.
Hati yang diterima di sisi Allah jika selamat daripada selain Allah, dihijab jika bergelumang dengan selain Allah.
Hati yang dituntut dan diberi pesanan serta dipertanggungjawabkan, yang berbahagia kerana dekat kepada Allah lalu berjaya jika dibersihkan, kecewa dan celaka jika dikotori. (Imam Ghazali. 2005)
Adakah beliau terpengaruh dengan pendapat imam imam al-Junaid dalam hal ini dimana imam al-Junaid berpendapat bahwa makrifah terletak di dalam hati?














