Prof. Dr. Muhammad Yusuf Khalid
Bagian Pertama
Kesedehanaan dalam mengamalkan ajaran agama Islam sangat penting karena telah terbukti sikap melampau dalam aspek kebendaan tanpa ilmu agama yang mantap boleh menyebabkan seseorang menjadi penjenayah yang akhirnya sama ada ditembak mati atau dipenjarakan, dan melampau dalam aspek keruhanian tanpa ilmu agama yang mantap boleh membawa kepada penglibatan dalam ajaran sesat.
Untuk selamat dari dua sikap melampau ini antaranya ilmu tasawuf yang sederhana diperlukan untuk memahami hakikat kehidupan ini dari perspektif Islam.
Kajian ini bertujuan menelusuri ajaranan sederhana Tasawuf imam al-Junaid yang telah menjadi rujukan Tasawuf Sunni selama ini sejak abad ke 3 hijriah, dan membuktikan bahawa ajaran Tasawuf mempunyai keududakan yang jelas dalam agama Islam.
Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan merujuk kitab-kitab karangan imam al-Junaid sendiri dan kitab Tasawuf karangan ulama Tasawuf sama ada yang sezaman dengan imam al-Junaid atau yang datang kemudian.
Kajian ini mendapati bahawa Tasawuf imam al-Junaid terikat dengan ajaran a-Qur’an dan Hadith, oleh sebab itu imam al-Junaid tidak pernah dikaitkan dengan amalan khurafat atau bid’ah.
BIOGRAFI RINGKAS IMAM AL-JUNAID
Abu al-Qasim al-Junaid bin Muhammad bin al-Junaid al-Kharraz al-Qawariri, lahir dan membesar di Bahdad, keturunan Parsi keluarganya berhijrah ke Baghdad dari Nahawand di atas gunung.
Sekalipun tarikh kelahirannya tidak ditetapkan oleh pakar sejarah namun peristiwa kehidupannya dan perjumpaannya dengan guru-gurunya menguatkan bahawa beliau lahir pada tahun 210H.
Telah dibesarkan oleh bapa saudaranya iaitu Sirry al-Saqaty setelah kematian ayahnya. Rumah syaikh al-Saqaty tempat perhimpunan ulama Tasawuf untuk berbincang dan membuat kajian, dan imam al-Junaid menghadiri majlis ini.
Imam al-Junaid mengikuti mazhab fiqh Abu Thaur dan tidak terlibat dalam ilmu Kalam, telah bersahabt dengan banyak ulama sezamannya seperti al-Muhasibi dan Abu said al-Kharraz dan lainnya.
Antara murid-muridnya seperti al-Syibly, al-Hallaj dan lainya.
Imam al-Junaid meninggal dunia di Baghdad pada tahun 298H. (Ali Hasan abd Kadir.1988).