Mengenal Tasawuf

0
16

Prof. Dr. H. Muh. Yusuf Khalid

TAKRIF ILMU TASAWUF

قالت طائفة : سميت الصوفية صوفية لصفاء أسرارها ونقاء آثارها

Satu golongan mengatakan bahwa mereka dinamakan Sufi kerana kebersihan rahasia dan kejernihan kesan-kesan mereka.

وقال بشر الحارث: الصوفي من صفا قلبه لله

Bisyr al-Haris berkata: Seorang Sufi ialah yang bersih hatinya kerana Allah.

وقال بعضهم: الصوفي من صفت لله معاماته فصفت  له من الله عز وجل

Sebagian daripada mereka berkata: Seorang Sufi ialah yang bersih kerana Allah mu’amalahnya lalu karamahnya juga dari Allah menjadi bersih.

وقال قوم: إنما سموا صوفية لأنهم في الصف الأول بين يدي الله عز وجل بارتفاع هممهم إليه وإقبالهم بقلوبهم عليه ووقوفهم بسرائرهم بين يديه

Satu golongan mengatakan: mereka dinamakan Sufi kerana mereka berada di saf pertama di hadapan Allah dengan azam mereka kepada Allah yang tinggi, tumpuan hati mereka kepadaNya dan adanya mereka berdiri di hadapan Allah menerusi rahasia mereka.

وقال قوم: إنما سموا صوفية لقرب أوصافهم من أوصاف أهل الصفة الذين كانوا على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم

Satu golongan berkata: mereka dinamakan Sufi kerana dekatnya sifat-sifat mereka kepada sifat-sifat golongan Ahli Suffah fi zaman Nabi Muhammad SAW.

وقال قوم:إنما سموا صوفية للبسهم الصوف.

Satu golongan berkata: Mereka dinamakan Sufi kerana mereka memakai pekaian diperbuat daripada bulu binatang (wool). (al-Kalabazi: 1434)

Dapat disimpulkan bahawa takrif yang banyak ini kesemuanya mempunyai makna kedekatan kepada Allah SWT.

Jadi dapatlah dibedakan dengan ilmu Aqidah dan ilmu Fiqih dimana ilmu Tasawuf menekankan kepentingan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Adapun berkaitan dengan Ahli Suffah merujuk kepada para sahabat Nabi Muhammad SWT. yang menetap di pekarangan masjid Nabawi yang menumpukan perhatian mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sehingga Allah menurunkan wahyu berkaitan dengan keadaan mereka, (al-An’am:52).

Adapun istilah pakaian yang diperbuat daripada bulu binatang merujuk kepada kebiasaan para Nabi mengenakan pakaian yang diperbuat daripada bulu binatang.

ddi abrad 1