Prof. Dr. H. Muh. Yusuf Khalid
HALANGAN-HALANGAN UNTUK MENDEKATI ALLAH SWT.
Dalam perkara ini imam al-Junaid menguraikan empat halangan utama dalam usaha manusia untuk mendekati Allah SWT. iaitu dunia, manusia, hawa nafsu dan Syurga.
Memandangkan agak panjang penerangannya maka dalam kertas kerja ini hanya disebutkan satu sahaja secara terperinci iaitu halangan dunia.
فأول العقبات التي تستقبله هي عقبة الدنيا بكل ما فيها من زهرتها وطيب عيشها والتمتع بأنواع نعيمها وراحتها، فتقول له أين تذهب يا عبد الله
أنا مسكنك ومأواك خلقت مني، وولدت في، وعشت بي، لا بد لك مني
فإذا نظر العبد إلى غوامض آفاتها وكمال سحرها وأنواع مكرها وغرورها وكثرة شرها وبلائها وسرعة فنائها وتقلبها بأهلها ويرى نفسه مائلا إلى راحتها وشهواتها وحسن المعاشرة مع أهلها
اعتصم بعون الله ولم يلتفت إليها وزهد فيها ولم يشتغل بها ويقول لها:
يا مأوى كل بلاء يا غدارة يا عدو الله كم رأيت من غدرك وقوله هذا وفعله حرمة لإجلال ربه فإن الآفات كلها راجعة إلى حب الدنيا.
ويقول: يا نفس أما هذه الدنيا فانية، والذي لابد لي منه هو مقسوم لي بقسمة الله لا يزيد ولا ينقص، وهو القادر على أن يغنيني عنك.
Halangan pertama yang menyambutnya adalah halangan dunia dengan segala perhiasannya, kebaikan kehidupannya, bersenang dengan segala jenis nikmat dan kerehatannya, lalu dunia berkata kepadanya mahu kemana wahai Abdullah?
Saya adalah tempat kamu dan tempat kamu berehat, kamu diciptakan daripada kami, dilahirkan pada kami, kamu hidup dengan kami, kamu mesti memerlukan kami,
jika seorang hamba faham kebinasaan dunia yang tersirat dan kesempurnaan sihirnya, jenis-jenis makar dan tipu dayanya, kejahatannya yang banyak dan ujiannya, usianya yang pendek, tingkah lakunya dengan penghuninya dan mendapati dirinya condong kepada kerehatannya dan syahwatnya, kebaikan bersosial dengan ahlinya,
maka dia berlindung kepada Allah, tidak memandangnya, bersifat zuhud terhadapnya, tidak menyibukkan diri dengannya dan berkata kepadanya:
wahai tempat segala ujian, wahai penipu, wahai musuh Allah berapa banyak aku telah melihat penipuan kamu, kata-kata dan perbuatannya ini adalah penghormatan untuk mengagungkan Allah kerana semua kebinasaan berpuncak daripada mencintai dunia.
Kemudian dia berkata: wahai nafsu dunia akan fana, perkara yang mesti untuk aku daripadanya telah ditetapkan bagi aku dengan bahagian tidak lebih dan tidak kurang, Allah mampu membuat aku tidak memerlukan kamu. (Rasail al-Junaid. 2005:43)
Nada bahasa imam al-Junaid dalam menerangkan halangan seterusnya juga sama. Sangat banyak persamaan dengan ulama Sufi yang lain dalam menerangkan halangan-halangan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Seperti nada bahasa imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulum al-Din, al-Muhasibi dalam kitab al-Tawahhum, al-Jilani dalam kitab al-Ghun’yah.
Bila disebut Tasawuf dalam kalangan Ahli Sunnah Waljama’ah nama imam al-Junaid dan nama imam al-Ghazali selalu dijadikan contoh tetapi pandangan imam al-Junaid jarang diketengahkan berbanding pendapat imam Ghazali.
Dalam kajian ini penulis cuba mengetengahkan dalam bentuk yang ringkas dan mudah pendapat imam al-Junaid dalam ilmu Tasawuf dengan berpandukan Risalah-risalah beliau sendiri.
Kesederhanaan Tasawuf imam al-Junaid dan imam al-Ghazali antaranya mereka mengikat Tasawuf mereka dengan ajaran al-Qur’an dan sunnah, tidak terlibat dalam perkara seperti hulul dan ittihad (Allah hinggap dalam badan manusia dan bersatu dengan Allah), tidak terlibat dalam isu Syatahat Sufiyyah (ungkapan yang sukar difahami) seperti Ana al-Haq, Mafi fi al-Jubbati illa Allah. Yang zahirnya bermakna kekufuran.
















