Tauhid Dan Tasawwuf

0
30

Prof. Dr. H. Muh. Yusuf Khalid

TAUHID

اعلم أن أول عبادة الله عز وجل معرفته وأصل معرفة الله توحيده

ونظام توحيده نفي عنه بالكيف والحيث والأين فبه استدل عليه

وكان سبب استدلاله له به عليه توفيقه فبتوفيقه وقع التوحيد له

ومن توحيده وقع التصديق به

ومن التصديق به وقع التحقيق عليه

ومن التحقيق جرت المعرفة به

ومن المعرفة به وقعت الإستجابة له فيما دعا إليه

ومن الإستجابة له وقع الترقي إليه

ومن الترقي إليه وقع الإتصال به

“Ketahuilah bahwa awal penyembahan kepada Allah adalah mengenaliNya dan permulaan mengenaliNya adalah mengesakanNya (mentauhidkanNya)

dan cara mengesakanNya adalah menafikan daripadaNya cara bagaimana, suasana dan tempat. denganNya hamba dapat mengetahuiNya,

dan sebab penghujahannya bagi Allah adalah dengan Allah, ke atasnya taufik Allah dengan taufikNya terjadilah tauhid baginya,

dari tauhidnya terjadi pembenaran dengan tauhidnya,

dari pembenaran dengannya terjadi merealisasikan ke atasNya,

dari merealisasikan berlakulah ma’rifah dengan Allah,

dari ma’rifah dengan Allah terjadi penerimaan baginya dalam perkara dimana dia diseru,

dari penerimaan baginya berlakulah peningkatan kepada Allah,

dari peningkatan kepada Allah berlakulah hubungan dengan Allah. (Rasail al-Junaid)”

Dari penjelasan imam al-Junaid di atas nampak jelas hubungan antara ilmu Tauhid dengan ma’rifat dalam ilmu Tasawuf sangat rapat.

Antara perkara menarik dalam petikan di atas adalah akidah tanzih (penyucian) Allah dari sifat jisim dan tempat.

Imam Jinaid menjelaskan bahwa Allah tidak boleh dikaitkan dengan cara bagaimana (kaif) suasana (haithu) di mana (Aina).

Artinya pada abad ke 3 Hijriah imam al-Junaid sudah memiliki akidah yang sama dengan akidak Ahli Sunnah Waljama’ah iaitu menyucikan Allah daripada jisim, suasana dan tempat.

Malangnya sekarang masih wujud golongan yang menjisimkan Allah dan menetapkan tempat Allah di tempat tertentu kemudian mengaku bahwa itulah akidah ulama Salaf.

ddi abrad 1