Lintasan Kebaikan

0
63

Prof. Dr. H. Muh. Yusuf Khalid

LINTASAN KEBAIKAN

سئل عن خاطر الخير هل هو شيء واحدأو أكثر؟ فقال: قد يقع الداعي للطاعة على ثلاثة أوجه:

خاطر شيطاني باعثه وسوسة الشيطان

خاطر نفساني باعثه الشهوة وطلب الراحة

خاطر رباني باعثه التوفيق

Ditanya mengenai pendorong amalan kebaikan: Beliau berkata: Kadang-kadang yang mendorong kepada ketaatan ada tiga jenis;

a. Lintasan syaitan pendorongnya adalah was was syaitan

b. Lintasan hawanafsu pendorongnya adalah syahwat dan mencari ketenangan

c. Lintasan keTuhanan pendorongnya adalah taufik Allah. (Rasail al-Junaid. 1988:77)

Mungkin kebaikan yang dilakukan karena dorongan syaitan atau hawa nafsu akan berakhir dengan riya bukan dilakukan Ikhlas kerana Allah, akhirnya amalan sia-sia dan tidak mendapat pahala.

Sedangkan amalan baik yang didorong oleh lintasan keTuhanan akan menjadi ikhlas kerana Allah SWT. Dan akan mendapat pahala.

Maknanya sekalipun sudah wujud niat yang baik untuk melakukan sesuatu amalan yang baik namun perlu dipastikan adalah pendorongnya daripada syaitan atau daripada hawa nafsu atau semata-mata ikhlas kerana Allah SWT.

Menurut Ibn Ataillah al-Sakandari:

“Puncak segala kejahatan dan pelanggaran adalah kerana redha terhadap hawa nafsu, puncak segala ketaatan dan kebaikan adalah kerana tidak redha terhadap hawa nafsu”. (Ibn Ataillah al-Sakandari.2012)

Ibn Ataillah meringkaskan puncak kejahatan dan kebaikan kepada hanya satu iaitu hawa nafsu.

Jika seseorang menuruti hawa nafsunya akan berlaku kejahatan dan sebaliknya jika seseoang melawan hawa nafsunya maka akan berlaku kebaikan dan ketaatan, tidak membincangkan pelbagai pendorong untuk melakukan sesuatu perbuatan.

ddi abrad 1