Perkembangan Pemikiran Ilmu Al-Qur’an

0
171
Tafsir Surah An-Nashr dan Al-Kafirun

Dalam sejarah Islam, terdapat sekurang-kurangnya dua aliran tafsir yang terkenal yaitu:
(a) Aliran Tafsir bi-al-Ma’thur.
(b) Aliran Tafsir bi-al-Ra’yi.

Tafsir bi-al-Ma’sur ialah penafsiran sepotong ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain atau dengan Sunnah atau perkataan Sahabah.

Penafsiran ini dibuat untuk menjelaskan isi kandungan al-Quran dengan cara yang lebih tepat dan terperinci.

Tafsir bi-al-Ra’yi pula ialah tafsiran ayat dengan menggunakan ijtihad atau dengan kata lain seseorang ahli tafsir menguraikan al-Quran mengikut ijtihadnya dan dalam kerangka ilmu
tafsir yang telah disepakati.

Untuk menjadi pakar dalam bidang tafsir bi-al-Ra’yi, seseorang itu hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) Menguasai hadis Rasulullah dan atsar sahabat.
(b) Mempunyai kepakaran dalam ilmu Bahasa Arab.
(c) Mengetahui hukum-hukum syariah.

Antara pengikut aliran tafsir bi-al-Ma’sur ialah pengikut-pengikut Imam Malik bin Anas, Imam Muhammad bin Idris as-Syafi’, Imam Sufyan ats-Tsauri dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Sementara pengikut-pengikut aliran tafsir bi-al-Ra’yi terdiri daripada pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah an-Nu’man bin Tsabit.

Tetapi muncul juga golongan tertentu yang mengambil kesempatan menguraikan ayat-ayat al-Quran berdasarkan pandangan, pendapat dan ideologi masing-masing serta tidak
menghiraukan syarat-syarat yang telah digariskan.

Oleh itu berlakulah tafsiran yang
menyeleweng daripada tafsiran yang sebenarnya.

Malah terkadang membawa kepada
tafsiran yang ekstrim dan menanamkan rasa kebencian kepada orang lain.

Ringkasnya pada awal peringkat ini umat Islam berada di puncak kemajuan dalam berbagai bidang.

Pada zaman ini ilmu-ilmu agama, filsafat dan sains berkembang pesat di dunia Islam.

Zaman ini menyaksikan kelahiran tokoh-tokoh besar dalam sejarah pemikiran Islam seperti Imam Syafi’, Imam Malik, Imam Ahmad dan Abu Hanifah dalam bidang hukum.

Imam al-Asy’ari dan Imam al-Maturidi dalam bidang Teologi.

Imam al-Junaid, Zunnun al-Misri, Abu
Nasr al-Sarraj dalam bidang tasawuf.

Al-Kindi, al-Farabi dan Ibnu Sina dalam bidang filsafat.

Ibnu Hayyan, al-Khawarizmi dan Abu Bakar al-Razi dalam bidang ilmu pengetahuan dan sains.

Di samping perkembangan positif ini, berlaku juga perkembangan unsur-unsur negatif seperti berlakunya perpecahan di
kalangan umat akibat perbedaan pendapat dalam masalah-masalah aqidah.

Lahirnya sikap fanatik dan sikap ta’sub terhadap aliran, lahirnya aliran batiniyyah dan ajaran-ajaran sesat.

Penafsiran nilai Islam secara ekstrim dan melampaui yang tidak menepati syarat-syarat yang digariskan dan berbagai masalah lain yang turut timbul.

Faktor-faktor ini menjadi antara sebab yang membawa kepada kelemahan umat Islam kemudiannya.